Pada 24/11/15 merupakan minggu kesebelas kelas kami bersama Dr.Siti Fatimah. Pada minggu tersebut Dr.Siti Fatimah meminta untuk menghantar kerja individu kami iaitu tugasan Brochure . Kelas minggu tersebut dijalankan seperti biasa. Walaupun pelajar kelas kami letih kami tetap menghadiri kelas Dr.Siti . Punca keletihan kelas kami ialah aktiviti latihan kecergasan yang telah dilakukan oleh pelajar kelas kami dalam khusus kejurulatihan sukan.
Pada minggu ini , Dr Siti Fatimah memberikan tugasan terakhir dalam khusus komputer dalam pendidikan. Tugasan tersebut ialah dengan membuat video. Tugasan tersebut dilakukan secara kumpulan . Selain itu , Dr Siti Fatimah juga memberikan laman web yang boleh digunakan untuk membuat video tersebut . Antara laman web yang diberikan oleh Dr Siti ialah Powtoon , video maker , Storyboard dan lain-lain. Tajuk tugasan video tersebut ialah mengikut tajuk-tajuk yang diberikan oleh Dr Siti pada tugasan yang ketiga. Dimana tajuk kumpulan saya ialah e-learning dan m-learning.
Selain itu , Dr Siti juga membuka video-video contoh yang telah dibuat oleh pelajar permata pintar.
Sekian.
contoh-contoh laman web yang boleh digunakan dalam pembuatan tugasan video