Membuat borang soal selidik yang telah direka menggunakan dengan menggunakan Gogle Form untuk topik e-learning dan m-learning.

borang_soal_selidik_tentang_penggunaan_sistem_e-learning_dan_m-learning.csv |
KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN |
|
Semua Orang Akan Membuat Kesilapan
Membuat borang soal selidik yang telah direka menggunakan dengan menggunakan Gogle Form untuk topik e-learning dan m-learning.![]()
0 Comments
PERSEMBAHAN MENGGUNAKAN PRINSIP CASPERAssalamualaikum ? document ini merupakan tugasan yang diberikan oleh Dr.Siti Fatimah pada minggu lepas . Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan . Tajuk tugasan tersebut ialah LMS dan CMS yang digunakan pakai di institut-institut pengajian tinggi dan sekolah-sekolah . iFolio yang digunakan di UKM CIDOS yang digunakan di Politeknik Malaysia
FUNGSI KOMPUTER SEBAGAI "ALAT", "GURU" DAN "PELAJAR" Pada era globalisasi ini , isu penggunaan komputer pada era kini menjadi buah mulut masyarakat dan juga para pemimpin . Penggunaan komputer pada masa kini amatlah berluas-luasa sehingga ia menjadi medium utama alat komunikasi antara manusia pada abad ini . Pada tugasan minggu ketiga ini saya akan membincangkan tentang peranan-peranan atau fungsi-fungsi komputer sebagai guru , alat , dan pelajar . Taylor menyatakan dalam bukunya(The computer in school) iaitu guru juga termasuk sebahagian besar daripada aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam komputer yang digunakan alat untuk mengajar . Antara aplikasi-aplikasi pengajaran berasaskan komputer ialah komunikasi , tutorial , dan lain-lain . Peranan komputer sebagai guru dapat dilihat melalui penyediaan aktiviti pembelajaran oleh guru didalam komputer seperti perbincangan kumpulan(group discussion) , test , quiz , tugasan(assignment) dan lain-lain yang memerlukan penglibatan para pelajar . Selain itu , antara peranan komputer sebagai guru ialah menyelesaikan sesuatu masalah dalam penggunaan komputer . Aktiviti penyelesaian masalah ialah bahagian terpenting dalam pengajaran . Pencapai yang tinggi oleh pelajar dalam pembelajaran melalui komputer tidak bermakna jika pelajar tersebut dapat menyelesaikan masalah dalam pembelajaran melalui komputer tersebut . Penggunaan komputer sebagai alat dikategori sebagai penggunaan alat untuk membantu pengajar bagi memudahkan aktiviti pelajaranya . Antara aplikasi-aplikasi alat yang membantu memudahkan pengajar ialah Microsoft word , power point , AutoCad dan lain-lain . Persembahan(presentation) lebih mudah untuk dibuat atau diubahsuai , ini kerana penggunaan power point untuk membuat slaid . Dengan menggunakan aplikasi ini guru dapat meletakkan bahan-bahan bukti untuk kemudahan pelajar dalam pembelajaran . Selain daripada itu , kemajuan sistem teknologi komputer pada era permodenan ini menyebabkan masyarakat berada di dalam dunia yang menggunakan komputer yang menggunakan rangkaian internet sebagai medium perhubungan antara satu sama lain . Penggunaan aplikasi seperti mel elektronik , google drive , dan lain-lain dapat memudahkan guru berhubung dengan pihak-pihak tertentu atau pelajar-pelajar bagi bertukar-tukar fikiran sesuatu bahan pengajaran . Akhir sekali , peranan komputer sebagai pelajar pula merujuk kepada pengguna itu sendiri dalam menggunakan komputer untuk menyediakan aktiviti program komputer itu sendiri . Komputer tidak boleh mengawal atau melaksana aktiviti yang dilakukan oleh pengguna . Sebaliknya pengguna itu sendiri harus mengajar komputer tersebut menyediakan program-program untuk melakukan sesuatu proses. RUJUKAN. Computer In Education The Computer In School
|
about meHI, I am aliff , wellcome to my blog , Archives
December 2015
Categories |