KOMPUTER
DALAM
PENDIDIKAN
  • TUGASAN
  • RELEKSI
  • BIODATA

Click to add description. Lorem ipsumdolor sit amet, consectetur adipiscing elit.

LAPORAN MINGGU KE EMPAT BELAS

12/15/2015

0 Comments

 
Assalamualaikum?
Pada minggu terakhir iaitu pada minggu ke-14, saya telahg penerangan dan perbincangan tentang fungsi-fungsi Microsoft Excel dan Google Docs (Spreadsheet) serta memasukkan data. Saya dan ahli kumpulan saya juga berlajar berkaitan pemformatan. Seterusnya belajar bagaimana penyimpanan dan penutupan lembaran kerja serta formula dalam Excel / Spreadsheet, contoh: 
  •  STDEV
  • AVERAGE
  • COUNTIF
  • Sort
  • Filter
  • Graph
Akhir sekali saya dan ahli kumpulan yang lain memasukkan data dalam satu fail baru yang mengandungi markah pelajar bagi lapan mata pelajaran utama.dan menggunakan formula untuk mengira jumlah markah keseluruhan serta penggredan markah individu.
​

Picture
Picture
0 Comments

LAPORAN MINGGU KETIGA BELAS

12/9/2015

0 Comments

 
        Assalamualaikum?  Tak sedar kini kta telah berada di Minggu ke-13. Maknanya, sudah 13 minggu kita bergelar mahasiswa UKM. Pada tugasan 7 ini, kami telah disuruh untuk berbincang tentang elemen-elemen dalam multimedia di forum weebly. Hasil daripada perbincangan ini, saya mendapat banyak info tentang multimedia dan elemen-elemennya. Antaranya ialah terdapat lima elemen penting dalam multimedia iaitu Animasi, Teks, Video, Audio dan juga Grafik. Lima elemen ini merupakan elemen utama dalam multimedia.
          
 Seterusnya, kami telah disuruh untuk berbincang dengan ahli kumpulan masing-masing tentang storyboard/powtoon/videomakers dan skrip untuk menghasilkan satu video berkaitan dengan tajuk berkenaan. Saya dan Ahli kumpulan saya  telah berbincang untuk membina storyboard dan skrip yang kami gunakan dalam pembinaan video berkaitan dengan tajuk kami dalam tugasan ketiga iaitu e-learning dan m-learning
0 Comments

Laporan Minggu Kedua Belas

12/1/2015

0 Comments

 
      1/12/2015 merupakan minggu kedua belas . Pada minggu kedua belas ini , kelas berjalan seperti biasa bersama Dr Siti Fatimah . Pada minggu ini , Dr Siti Fatimah menanyakan kepada kami tentang setakat mana pembuatan video setiap ahli kumpulan . Pada hari tersebut Dr Siti Fatimah menyemak tugasan-tugasan , releksi-releksi didalam weebly. Jika pelajar kelas kami tidak menyiapkan releksi-releksi atau tugasan-tugasan didalam weebly , Dr Siti menyatakan beliau akan memotong markah pelajar tersebut.

      Selain itu , Dr Siti Fatimah menunjukkan contoh-contoh video didalam kelas kami . Antara contoh-contoh video yang ditayang dalam kelas kami ialah video pembuatan filem Avatar , The Hobbits , Baby Dance dan lain-lain di youtube. Dr Siti Fatimah menyatakan bahawa filem-filem tersebut dibuat dengan menggunakan softwere-softwere yang amat canggih

​Sekian,
Picture
Picture
contoh-contoh pembuatan filem yang menggunakan softwere canggih yang telah ditunjukan oleh Dr Siti Fatimah
0 Comments

Laporan Minggu Kesebelas

11/24/2015

0 Comments

 

         Pada 24/11/15 merupakan minggu kesebelas kelas kami bersama Dr.Siti Fatimah. Pada minggu tersebut Dr.Siti Fatimah meminta untuk menghantar kerja individu kami iaitu tugasan Brochure . Kelas minggu tersebut dijalankan seperti biasa. Walaupun pelajar kelas kami letih kami tetap menghadiri kelas Dr.Siti . Punca keletihan kelas kami ialah aktiviti latihan kecergasan yang telah dilakukan oleh pelajar kelas kami dalam khusus kejurulatihan sukan. 

         Pada minggu ini , Dr Siti Fatimah memberikan tugasan terakhir dalam khusus komputer dalam pendidikan. Tugasan tersebut ialah dengan membuat video. Tugasan tersebut dilakukan secara kumpulan . Selain itu , Dr Siti Fatimah juga memberikan laman web yang boleh digunakan untuk membuat video tersebut . Antara laman web yang diberikan oleh Dr Siti ialah Powtoon , video maker , Storyboard dan lain-lain. Tajuk tugasan video tersebut ialah mengikut tajuk-tajuk yang diberikan oleh Dr Siti pada tugasan yang ketiga. Dimana tajuk kumpulan saya ialah e-learning dan m-learning.

         Selain itu , Dr Siti juga membuka video-video contoh yang telah dibuat oleh pelajar permata pintar.

​Sekian.
Picture
Picture
contoh-contoh laman web yang boleh digunakan dalam pembuatan tugasan video
0 Comments

Laporan Minggu Kesepuluh 

11/17/2015

0 Comments

 
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera ?
     
           Pada 17/11/2015 merupakan minggu kesepuluh kami bersama Dr Siti Fatimah dalam khusus komputer dalam pendidikan. Pada minggu kesepuluh ini Dr Siti Fatimah memberi tugasan Keenam iaitu membuat brochure. Tugasan keenam ini dilakukan secara individu . Tajuk yang digunakan dalam pembuatan brochure ini dengan mengguna tajuk yang telah diberikan pada tugasan ketiga . Ahli kumpulan saya telah membahagi tajuk masing-masing . Dimana dalam tajuk brochure saya , saya mengambil tajuk e-learning .

            Selain itu , Dr Siti memberikan contoh-contoh laman yang boleh membuat brochure secara online . Uniflip(http://www.uniflip.com/?gclid=CjwKEAiAhPCyBRCtwMDS5tzT03gSJADZ8VjR-CjXZ8ox14fznrrU0nKC_9JOF1I-WPFNK1XBH40qcRoCvIDw_wcB) , microsoft Publisher , dan lain-lain. Dr Siti juga memberikan contoh-contoh brochure yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar senior. 

​Sekian.
Picture
Picture
Contoh tugasan brochure yang telah dilakukan oleh saya .
0 Comments

Laporan Minggu Kesembilan

11/3/2015

0 Comments

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera ?
        Pada 3/11/2015 merupakan minggu kesembilan saya berada di Universiti Kebangsaan Malaysia(ukm). Pada minggu kesembilan ini Dr.Siti Fatimah menyemak soalan-soalan soal selidik kumpulan saya buat kali kedua . Semakan kali kedua ini juga masih lagi mempunyai kesilapan. Dr Siti Fatimah Membetulkan kesilapan tersebut. Kesilapan-kesilapan yang saya lakukan sepanjang bersama kelas Dr.Siti Fatimah membuatkan diri saya berasa lebih matang dan sentiasa membaiki kesilapan-kesilapan tersebut.
         
         Selain itu , Dr Siti juga menyuruh kami menyebarkan borang-borang soal selidik kami kepada orang lain melalui email atau facebook atau lain-lain. Dr Siti meminta sekurang-kurang mendapat 30 responden untuk menyiapkan tugasan kami .
Picture
contoh soalan bahagian a borang soal selidik
Picture
Respon-respon yang diberikan oleh orang lain terhadap borang selidik kumpulan kami
0 Comments

Laporan Minggu Kelapan

10/27/2015

0 Comments

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera ?
            Pada  27/10/2015 merupakan minggu kelapan kelas kami bersama Dr.Siti Fatimah . Pada minggu kelapan ini Dr.Siti Fatimah menyemak tugasan keempat . Soalan-Soalan untuk tugasan 4 yang telah dilakukan oleh ahli kumpulan terdapat banyak kesilapan. Dr.Siti Fatimah menyuruh kami membuat semula atau mengemaskini soalan-soalan yang telah dibuat oleh ahli kumpulan kami. 

              Selain itu , Dr Siti Fatimah memberi idea-idea soalan untuk dibuat oleh ahli kumpulan kami . Kata Dr Siti Fatimah soalan-soalan yang dibuat oleh ahli kumpulan kami tidak mengikut permintaanya. Permintaan Dr Siti Fatimah ialah menyediakan soalan-soalan berasaskan permikiran aras tinggi .

​Sekian.
0 Comments

LAPORAN MINGGU KETUJUH

10/21/2015

 
Assalamualaikum?
        20/10/15 merupakan minggu ketujuh saya berada antara Universiti tertua di Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada minggu ketujuh ini Dr.Siti Fatimah mengajar dan menyuruh kami berbincang tentang satu tugasan secara berkumpulan. Ia merupakan tugasan keempat iaitu membuat google form atau soal selidik mengikut tajuk-tajuk yang telah diberikan kepada kami pada minggu kelima  . Perbincangan pada minggu ketujuh ini untuk dijadikan persediaan yang akan dibuat pada hari-hari seterusnya. Dalam kajian soal selidik ini Dr. Siti Fatimah meminta kami agar menggunakan cara pemikiran aras tinggi . Dimana kami perlu menyediakan soalan-soalan yang baik sebelum dihantar kepada orang lain .
          Selain itu , Dr Siti Fatimah juga memberi tahu kepada kami tentang tujuan dan objektif borang selidik ini dibuat. Dr Siti Fatimah juga memberikan contoh-contoh soalan borang soal selidik untuk dijadikan sebagai rujukan pelajar kelas kami . Pada minggu ketujuh ini juga , pelajar-pelajar yang diajar oleh Dr.Siti Fatimah dikehendaki untuk mengikuti program di PTSL.

​Sekian, 
Picture
Sebelum bermulanya program di PTSL

Laporan Minggu Keenam 

10/13/2015

0 Comments

 
Assalamualaikum?
       Pada 13/10/15 merupakan kelas ke enam kami bersama Dr. Siti Fatimah yang mengajar kami khusus komputer dalam pendidikan . Pada minggu keenam ini Dr.Siti Fatimah menyuruh kami mencari dan mendalami prinsip CASPER. Selain itu, Dr.Siti Fatimah juga  mengajar kami cara menggunakan prinsip CASPER dalam slide power point . Prinsip CASPER ini perlu dilaksanakan dalam google slide mengikut tajuk-tajuk yang telah diberikan oleh Dr.Siti Fatimah pada minggu kelima , tajuk kumpulan kami ialah e-learning dan m-learning.Di samping itu , Dr.Siti Fatimah juga banyak memberi nasihat-nasihat kepada pelajar kelas kami . 
Picture

Prinsip C.A.S.P.E.R

Picture

Melihat contoh-contoh penggunaan prinsip CASPER di youtube.

Picture

Contoh yang ditunjukkan oleh Dr.Fariza di iFolio

0 Comments

Minggu Kelima

10/6/2015

0 Comments

 
Assalamualaikum ?
Pada 6/10/15 merupakan kelas minggu kelima bagi kos komputer dalam pendidikan bersama Dr.Siti Fatimah . Pada minggu tersebut , Dr.Siti menyemak tugasan-tugasan minggu 4 iaitu Learning Management System dan Course Management System . Selepas selasai menyemak tugasan-tugasan minggu keempat tersebut Dr.Siti memberi tugasan 3 iaitu tugasan secara berkumpulan dimana setiap kumpulan satu atau dua tajuk untuk dibuat dalam google slide . Tajuk yang diterima oleh kumpulan kami ialah e-learning dan m-learning . Tajuk tersebut dibuat dengan menggunakan google slide dan dipersembahkan pada minggu keenam.
Sekian,
Picture
menggunakan google doc untuk mencari dan menbincangkan isi-isi penting dalam tajuk e-learning dan m-learning sebelum dibuat di google slide.
Picture
Contoh penggunaan google slide untuk tajuk kumpulan kami.
0 Comments
<<Previous

    ABOUT ME

    ​HI, I am aliff , wellcome to my blog ,

    Archives

    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015

    Categories

    All

    RSS Feed

Powered by Create your own unique website with customizable templates.